Kajian wacana

  PENGENALAN

            Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.

Definisi wacana

     Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat.
            Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.  Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.                Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
                Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.
             Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.



 Latar belakang wacana

  Menurut Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika disorot lagi, zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, seawal Nabi Adam. Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya, aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M. Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks.
             Di Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat. Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana.
             Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi. Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif. Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan.                   Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse. Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna.

Latar belakang wacana bahasa Melayu

    Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978).
             Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran.
              Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik. Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar.                Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana. Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995). Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini.
               Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif. Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama.
           Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/ 6.0 .
                   Ciri – ciri wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : I. satuan bahasa II. terlengkap III. mengatasi ayat atau klausa IV. teratur atau tersusun rapi V. berkesinambungan VI. kohesi VII. lisan atau tulisan VIII. awal dan akhir yang nyata.
                      Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.


 Tautan atau kohesi

     Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. “Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976).
           Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing." Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya. Contohnya: 1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan. 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.


Jenis-jenis kohesi

    Kohesi Leksikal Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi. i) Reiterasi (Pernyataan Semula) Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum.
 a) Pengulangan Kata Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks.
                 Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. Dalam bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini, jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah.
b) Sinonim Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama.
c) Superordinat Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'. Contoh : Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing. (Tarigan, H.G. 1995: 146) Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim.
d) Kata-kata Umum Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya. Contoh : Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. 2001:25) .
Kolokasi Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu dari sudut sintaksis dan dari sudut semantik.
a) Dari Sudut Sintaksis Contoh : Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. (Harun Aminurrashid. 2001:19)
b) Dari Sudut Semantik Contoh : Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan lain-lain. (Tarigan, H.G. 1995: 136)


Runtutan atau koheren

   Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut.
       Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial. Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.

Tujuan

   Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

          Penerimaan sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

          Maklumat setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.

          Keadaan ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
     
         Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.” Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Misalnya: “Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.” Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi.

Interteks

          Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

 Jenis-jenis wacana

     Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.
        Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.                   Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan.
Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.
                                                  Oleh : Siti Aminah bt Kasim
    Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.
           Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib.

PENANDA WACANA
  Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu

Penanda Leksikal
     Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti: Ibu amat menyayangi Ahmad. Kami juga amat menyayanginya. Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi. Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna.            Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan kembung. Contohnya: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, Toyota dan Volvo.
             Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Selain itu pula, apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma, kita akan menggambarkan situasi permainan bola sepak, dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak. Contohnya: Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, banyak ikan dan udang yang mati. Dalam ayat di atas, ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air.

Penanda rujukan
    Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut: Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang. Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ. Contohnya: Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana.

Penanda penghubung
     Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya : Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar.
             Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu. Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun. Contohnya : Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam.
            Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu. Contohnya: Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya. Contohnya: Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.

Penanda penggantian.
    Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya : Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. Nanti baru saya lakukan. Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa.

Elipsis
    Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya. Contoh 1 : Pemuda itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya. Dalam contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih difahami. Contoh 2 : Ah Meng suka baju berwarna merah. Adiknya suka baju putih. Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami.

KESIMPULAN

    Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan juga interteks. Selain itu, penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan juga ellips. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.
             Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap.


KAJIAN WACANA
BAHASA DAN PERTANGGUNGJAWABAN SOSIAL DALAM WACANA AKHBAR: SATU ANALISIS WACANA KRITIS
 ABSTRAK

    Kajian ini bertitik tolak daripada kelemahan yang wujud dalam linguistik murni dan pengabaian input bahasa dalam menghuraikan persoalan sosial, budaya, politik dan ekonomi. Penerapan kerangka analisis wacana kritis Fairclough dilakukan ke atas 10 teks Minda Pengarang daripada akhbar Berita Harian dan ia meliputi isu semasa, seperti isu sosial, ekonomi dan politik. Proses analisis dibuat berdasarkan tiga dimensi, iaitu dimensi analisis amalan sosial, dimensi analisis amalan wacana dan dimensi analisis tekstual wacana. Dimensi analisis amalan sosial bertujuan untuk mengesan dan menjelaskan proses sosial yang tertanam di dalam wacana tersebut. Dimensi analisis amalan wacana pula melihat proses penghasilan, proses penyebaran dan penggunaan wacana. Seterusnya dimensi analisis tekstual wacana memerihalkan ciri-ciri linguistik yang ada pada wacana tersebut. Hasil analisis mendapati bahawa praktis sosial yang tertanam dalam wacana Minda Pengarang ialah praktis pertanggungjawaban sosial. Praktis sosial ini dimanifestasikan melalui dimensi amalan wacananya, iaitu cara penghasilan wacananya, interdiskursiviti dan dimensi tekstualnya. Secara keseluruhan, kerangka analisis wacana kritis ini bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana pengarang selaku pewacana memanfaatkan bahasa untuk menjayakan praktis pertanggungjawaban sosialnya

BAB I PENGENALAN
1.0     PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini bertitik tolak daripada kajian linguistik yang hanya mengkaji penggunaan bahasa tanpa melihat fungsinya kepada masyarakat walhal bahasa adalah objek kebudayaan yang berpengaruh dalam sebarang tindakan dan kehidupan manusia. Akibatnya linguistik jenis ini dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang sempit kesan daripada fenonema pengabaian input bahasa atau linguistik dalam analisis sosial. Fenonema ini pernah dinyatakan oleh Lyons (1981), bahawa linguistik mikro "...is concerned solely with the structural of lalzguage-systems, without regard to the way in which languages is acquired, stored iiz the brain or used in the various ,functions; without regard to the interdependence of language and culture; without to phy.siologica1 and psychological mechanism that are involved in the languagebehuiviour" (1981: 36). Berdasarkan pendapat Lyons ini, jelas bahawa kajian linguistik mikro hanya melihat linguistik sebagai suatu kajian yang amat khusus sifatnya, iaitu melihat bahasa sebagai sistem atau struktur semata-mata tanpa menghubungkamya dengan aspek yang bersifat ekstralinguistik.
             Fairclough (1992, dalam Idris Aman, 2002) juga pernah menghujahkan bahawa linguistik murni telah menyempitkan konsep kajian bahasa walaupun kajian itu sebenarnya telah mencapai kejayaan dalam sains bahasa dan sosial. Hal ini disebabkan linguistik murni hanya memberi perhatian kepada aspek morfologi, sintaksis, fonologi, dan semantik sehingga meminggirkan aspek penggunaan sebenar bahasa dan menyebabkan berlakunya pengasingan bahasa berkenaan daripada amalan sosialnya. Sementara itu, Idris Aman (2006) menghujahkan bahawa sememangnya berlaku semacam pengasingan bahasa di dalam bidang analisis sosial arus perdana. Ini kaedah analisis linguistik arus perdana (linguistik mikro, sosiolinguistik, dan pragmatik) tidak memadai kerana cabang-cabang kajian bahasa yang sememangnya cenderung dilihat secara terpisah-pisah. Manakala kajian sosial bahasa pula dikaitkan dengan disiplin ilmu sosiolinguistik dan pragmatik sahaja. Pada hemat penulis, permasalahan kajian dapat diatasi dengan melakukan kajian berdasarkan pendekatan wacana. Kenapa wacana? Untuk menjawab persoalan ini, penulis mernetik kata-kata Fairclough (2003), iaitu.. .discourse is conceived as a rnoment of the social dialectically interconnected with other moments. Maknanya, dengan menganalisis bahasa sebagai sebuah wacana kita mampu mengaitkannya secara dialektik dengan perkara, amalan, dan proses sosial.

              Seterusnya, kajian bahasa dan linguistik yang dilakukan akan juga melihat proses dan amalan sosial, politik, ekonomi dan politik yang tertanam dalarn wacana yang dikaji. Selain itu, kajian yang dijalankan juga lebih menekankan penggunaan bahasa sebenar dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Bagi manusia, bahasa dan pemikiran memang tidak boleh dipisahkan tetapi linguistik mestilah memberi perhatian yang sama berat terhadap hubungan antara masyarakat dan bahasa kerana jelas bahasa merupakan fenomenon sosial (Hodge dan Kress, 1993).
            Kajian ini menggunakan wacana akhbar pengarang sebagai bahan atau data analisis. Kenapa wacana ini yang menjadi pilihan? Akhbar atau berita iibaratkan sebagai barang dagangan yang bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pembaca. Sebagai contoh, berita mengandungi semua kegiatan semasa yang menarik perhatian ramai dan berita terbaik ialah yang menarik perhatian pembaca (Mohd. Salleh, 1985). Masyarakat di negara komunis atau sosialis menganggap berita bukan sahaja sebagai laporan dan peristiwa. Sebaliknya berita mempunyai tujuan tertentu serta mempunyai unsur mendidik dan membimbing rakyat, selaras dengan ideologi yang diamalkan. Wacana akhbar adalah satu contoh penggunaan sebenar yang terhasil secara pengetahuan implisit yang didasarkan pada pengalaman individu yang dikongsi secara sosial (Raja Masittah Raja Arrifin (2000). Pandangan A. F. Yassin (1986) pula menyatakan bahawa dalam proses menyampaikan fakta, pendapat dan hujah, tidak ada teknik yang mampu menandingi keunggulan akhbar kerana akhbar dianggap mekanisme yang menjadikannya paling berkuasa dalam kehidupan masyarakat. Hari demi hari, akhbar semakin mengakar dalam kehidupan manusia, mempengaruhi emosi dan mempertajam daya ingatan mereka. Berdasarkan permasahan ini, penulis mewajarkan kajian ini. Penulis akan menggunakan analisis berpandukan kepada aspek-aspek berikut:

1. ada teori, iaitu kajian berdasarkan kerangka teoritikal Fairclough yang dipanggil kerangka analisis wacana kritis.
2. menganalisis bahasa sebenar yang digunakan, iaitu bahasa yang digunakan oleh editor selaku penulis wacana tersebut.


1.1     ANALISIS WACANA KRITIS DALAM ILMU LINGUISTIK
Pada hemat penulis, salah satu cara analisis yang berpada ialah melalui analisis wacana. Analisis wacana pada awalnya adalah satu pendekatan dalam linguistik yang menganalisis soal nahu, leksikal mahupun aspek tetenunan atau kohesi dan koheren dalam wacana. Kini, perspektif analisis wacana telah merangkumi bentuk tekstual, struktur dan organisasi pada semua aras kajian bahasa dan linguistik. Idris Aman (2006) menegaskan bahawa dalam kajian bahasa tidak seharusnya terbatas kepada analisis nahuan abstrak atau sistem bahasa unggul, tetapi juga mestilah kajian empirikal bahasa gunaan sebenar dalam konteks sosial dan budaya. Seperti kata van Djik (1985), linguistik sesungguhnya bukan terhenti nahu. Dengan itu juga, data yang digunakan adalah data keterampilan kerana tidak wujud gejala data bikinan. Kerangka analisis wacana kritis yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian yang diperkenalkan oleh Norman Fairclough (1995).
         Kenapa analisis wacana kritis? la dipilih berdasarkan usaha menelaah atau mernerihalkan bahasa dengan menggunakan kerangka ini berbeza daripada kajian-kajian yang menganalisis bahasa semata-mata. Yang menjadi tumpuan melalui kerangka ini untuk memerhatikan gelagat bahasa itu yang bukan saja daripada aspek struktur linguistik dan peranannya b sebagai wahana komunikasi tetapi juga rnencungkil proses sosial dan budaya yang  sarat di dalam sesebuah teks atau wacana itu. Hal ini diketengahkan oleh Fairclough (2003) dengan memberi hujah bahawa " it is not only text and interaction analysis that discourse analyst can bring to social research, it is also a satisfactory theorization of the dialectics of discourse ". Penelitian terhadap ciri-ciri linguistik dan pengesanan proses sosial di dalam sesebuah teks atau wacana berdasarkan tiga dimensi, iaitu dimensi analisis amalan wacana, dimensi analisis tekstual dan dimensi amalan sosial. Dimensi analisis amalan wacana merupakan proses menafsir binaan wacana sama ada dibina secara konvensional atau kreatif (Fairclough, 1992). Aspek-aspek seperti perkaitan peristiwa wacana terhadap susunan wacana, jenis wacana serta kombinasinya (jika ada), proses penghasilan teks, penyebaran dan penggunaannya serta soal intertekstualiti dan interdiskursiviti. Analisis teks pula merupakan proses menghuraikan teks atau wacana dari segi bentuk dan makna. Manakala analisis amalan sosial pula secara mudah menjelaskan mengapa manusia berwacana demikian. Ini melibatkan orientasi sosial, ekonomi, dan politik. Jelasnya, kajian ini berhasrat untuk menunjukkan pandangan bahawa wujudnya amalan praktis sosial yang tumpat dalam wacana. Selain itu, ia memberi nilai tambah kepada kajian bahasa dan linguistik yang sewajarnya dalam usaha memahami sesuatu persoalan sosial yang wujud.

1.2     OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa matlamat berikut:
 1. melalui gabungan analisis sosial dan analisis linguistik, penulis ingin mencungkil praktis sosial yang tertanam dalam wacana.
 2. melihat amalan wacana yang kerap dimanfaatkan oleh pewacana dalam usaha penghasilan wacana mereka.
 3. menunjukkan praktis sosial melalui bahasa semasa menghasilkan sesebuah wacana akhbar.
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN
Ada tiga kepentingan yang cuba penulis ketengahkan iaitu:
1. kepentingan kepada ilmu linguistic
 a) memanfaatkan unsur linguistik untuk melihat gelagat dan proses sosial yang berlaku dalam masyarakat.
 2. Kepentingan kepada ilmu sosial
a) dengan menganalisis suasana kehidupan sosial atau proses sosial dalam masyarakat, kita boleh menghuraikan dan menjelaskan situasi atau proses sosial yang berkenaan.
3. Kepentingan kepada masyarakat
a) menunjukkan kepada masyarakat bahawa wacana akhbar mempunyai proses sosial yang cuba disampaikan kepada masyarakat.
1.4 KESIMPULAN
 Kajian ini merupakan penerapan analisis wacana kritis terhadap kajian wacana Minda Pengarang akhbar Berita Harian yang akan memperlihatkan kepada pengguna khususnya dan masyarakat amnya bahawa bahasa di dalam wacana akhbar amat 'berkuasa' mempengaruhi pemikiran para pembaca seperti yang dikehendaki oleh pewacananya. Bahasa yang 'berkuasa' itu pula dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan pertanggungjawaban sosial dalam sesebuah wacana akhbar. Sepertimana kenyataan Mus Chairil Samani (1997), akhbar sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya akan menyiarkan rencana pengarang bagi menyatakan pendiriannya tentang gejala sosial itu dan mencadangkan langkah-langkah mengatasinya. Jelasnya, kepentingan bahasa tidak boleh dinafikan dalam wacana akhbar demi menjayakan praktis pertanggungjawaban sosial kepada masyarakat khususnya pembaca akhbar.

BAB II
 MENELUSURI KAJIAN LAMPAU
2.0     PENDAHULUAN
 Kemunculan bidang wacana di Malaysia hanya bermula pada 1980-an, iaitu 10 tahun selepas wacana sebagai satu disiplin berlaku di Eropah dan di Amerika Syarikat. Bidang ini mula mendapat perhatian kebanyakan tokoh bahasa di Malaysia. Tokoh terawal ialah Asmah Hj. Omar (1980a) yang menulis artikel dalam Jumal Dewan Bahasu yang bertajuk Analisis Wacana. Dalam artikel ini, beliau menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, Becker, dan Sinclair serta Coulthard. Namun pada peringkat ini, hanya melibatkan istilah analisis wacana. Selepas itu, bidang analisis wacana mula berkembang pesat dan mendapat tempat di kalangan para pengkaji bahasa negara pada tahun 1990-an. Penyelidikan analisis wacana di Malaysia sama ada kritis atau bukan kritis pula, telah dilakukan pada peringkat tesis dan kedoktoran. Menurut Idris Aman (2006), kajian-kajian yang telah dilakukan ialah kajian Abd.Aziz Idris (1982), Sato Hirobumi @ Rahmat (1991), Nor Hashimah Jalaluddin (1994), Tan Joo Seng (1994), Elaine Morais (1994), Jamaliah Mohd Ali (1 995). Zuraidah Mohd Don (1 996), Sanat Mohd Nasir (1996), Azirah Hashim ( 1996), Ummul Khair Ahmad (1 997), Khadijah Abdul Hamid ( 1997), Cecelia Fredericks (l997), Ahmad Mahmud Musanif (1998). Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001) dan Asma Yusoff (2003). Malahan ada kajian-kajian peringkat PhD dan Sarjana telah diterbitkan sebagai buku. Antaranya Wong Khek Seng (1995), Sato Hirobumi @ Rahmat (1997), Sanat Mohd Nasir (2002), Norashimah Jalaluddin (2003) dan Idris Aman (2006). Tokoh bahasa terkenal, Asmah Hj Omar (2006) juga membicarakan tentang wacana tetapi lebih menekankan kepada panduan penghasilan wacana akademik. Tarigan (1987) seorang pengkaji wacana Indonesia turut menyentuh tentang pengajaran sesebuah wacana. Semua kajian dan buku ini meliputi pendekatan analisis wacana dalam pelbagai disiplin ilmu linguistik dan data. Namun begitu, dalam Bab I1 ini hanya kajian yang berteraskan analisis wacana akhbar sahaja yang akan dihuraikan. Seterusnya, bab ini akan meneliti kajian wacana akhbar serta pendekatan dala~n kajian wacana akhbar yang telah dilakukan. Penelitian ini menun~ukkan bahawa belum ada pengkaji yang menerapkan amalan proses sosial di dalam wacana akhbar yang dipilih, iaitu Minda Pengarang.

2.1     KAJIAN ANALISIS WACANA AKHBAR
        Kajian analisis wacana yang menggunakan wacana akhbar meliputi beberapa jenis data dan pendekatan yang berbeza-beza. Antara data-datanya ialah laporan berita, berita sukan, rencana pengarang, berita politik, tajuk berita utama, dan artikel rencana. Menurut Asrna (2003) kajian analisis wacana akhbar berkisar kepada dua jenis pendekatan, iaitu analisis terhadap kandungan dan struktur berita, iaitu Bolivar, (1986), van Djik (1988), Gunasekera (1989), Bhatia (1993), dan Reah (2001). Selain itu, terdapat juga pendekatan kohesi dalam analisis wacana yang berkaitan dengan wacana akhbar. Hanya tiga kajian sahaja yang menggunakan data rencana pengarang, iaitu dua kajian peringkat sarjana muda dan sebuah peringkat sarjana. Menurut Saliza Ismail (2005), kajian-kajian tersebut ialah kajian Hasnah (1994), Tan (1994) dan Sanat (2002). Semua kajian ini mengkaji tekstual atau bahasa mengikut kerangka Halliday dan Ruqaiya Hassan (1976). Pendekatan semantik juga boleh dilihat dalam kajian Tan Joo Seng (1994) yang mengkaji akhbar sukan. Manakala Asma Yusoff (2003) pula menggabungkan dua pendekatan analisis wacana dalam mengkaji laporan berita akhbar iaitu analisis struktur dan kohesi. Berikutnya kajian-kajian ini akan diperincikan di bawah.

2.1.1  KAJIAN PENDEKATAN ANALISIS KANDUNGAN DAN STKUKTUR TEKS
   Pada tahun 1980-an, kajian analisis wacana mula mengalami peningkatan terhadap wacana berita. Antaranya ialah kajian Bolivar (1986) yang menjalankan kajian terhadap data rencana pengarang surat khabar berbahasa Inggeris. Beliau menggunakan satu kaedah iaitu penggunaan satu unit yang dipanggil 'triud' . Unit ini mempunyai persamaan dengan 'exharzge' yang diperkenalkan oleh Sinclair dan Coulthard (1975) dalam kajian interaksi di dalam bilik darjah di antara guru dengan murid. Superstruktur wacana kajian mereka meliputi aksillakuan, gerakan, pertukaran, transaksi, dan pelajaran. Hasil kajian Bolivar mendapati bahawa rencana pengarang tersebut mempunyai tiga struktur tetap, iaitu lead, follow, dan vuluute.
              Seterusnya ialah kajian van Djik (1988) yang dianggap kajian yang paling menyeluruh dan terbaik. Menerusi kajiannya, van Djik melihat sesuatu teks terdiri daripada beberapa struktur atau tingkatan yang saling menyokong antara satu sama lain. Bahagian struktur pertama dikenali sebagai struktur makro (topik atau tema), bahagian kedua ialah superstruktur iaitu struktur skematik  dan bahagian terakhir ialah struktur mikro yang mengamati struktur dari aspek semantik. Antara struktur-struktur di atas, superstruktur laporan berita van Djik juga dikenali struktur skematik atau Skema Berita. Tujuan beliau ialah untuk mengenal pasti ciri-ciri kedua-dua jenis teks tersebut dan mencadangkan satu model struktur dengan menggunakan Skema Berita van Djik. Hasil kajiannya ialah skema atau struktur berita pendulu yang dikaji terdiri daripada;
    (1) tajuk berita, (2) ringkasan, (3) kejadian utama, (4) akibatllatar belakang, (5) kejadian berkaitan dan (6) komen. Dapatan ini agak berbeza dengan superstruktur van Djik yang menyatakan dalam sesebuah Ikhtisar hanya mempunyai tajuk dan pendulu sahaja. Jadi strukturnya agak ringkas berbanding kajian Ginasekera. Seterusnya ialah kajian Bhatia (1993) yang menganalisis laporan berita akhbar untuk dikaitkan dengan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan tujuan khusus (ESLJESP). Menurut Bhatia, struktur pendulu dan rencana pengarang terdiri daripada empat struktur kognitif yang sama, iaitu (1) membentang kes, (2) menawarkan hujahan, (3) mencapai keputusan dan (4) mencadangkan tindakan. Hasil dapatannya menemui empat lagi struktur dalam laporan berita akhbar, iaitu: penyelesaian --+ situasi ---+ masalah + penilaian Selain itu, Bhatia juga mencadangkan bahawa iaporan berita akhbar berpotensi untuk program reka bentuk bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Bhatia juga melihat kurikulum bahasa berdasarkan aspek genre.


2.1.2 KAJIAN PENDEKATAN ANALISIS KOHESI
    Kajian pendekatan analisis kohesi melihat konsep wacana yang luas apabila memilih data-data seperti wacana ucapan pemimpin, wacana karangan pelajar, wacana sastera Melayu, teks teknikal, teks ilmiah dan sebagainya. Namun, dalam kajian wacana akhbar, hanya seorang pengkaji sahaja pada peringkat sarjana yang menggunakan rencana pengarang.



KAJIAN WACANA
Bahasa, Kuasa, dan Ideologi: Analisis Wacana Kritis Sebutan Baku Bahasa Melayu
Idris Aman

ABSTRAK
     Artikel ini menganalisis cara bahasa sebagai wacana dieksploitasi oleh instihrsi perancang bahara negara untuk tujuan mengubah amalan sosial dalam soul sebutan. Penulis menggunakan kerangka teori analisis wacana kritis yang melihat wacana dari tiga dimensi secara berkaitan, iaitu dimensi teks, dimensi amalan wacana, dun dimensi amalan sosial. Artikel ini menunjukkan bahawa institusi berkenaan memanfaatkan kuasa bahasa melalui penggunaan modaliti, modus kehendak, serta klausa tak transitif dun pasif tanpa pelaku bagi mencapai hajat mereka. Amalan wacana yang dihasilkan adalah genre pedoman, iaitu senarai cara menyebut sesuatu bunyi mengikut kehendak institusi tersebut. Institusi ini bertindak melaksanakan wibawanya dengan mengeluarkan pedoman yang bersifai "kehendak" bagi mengubah sistem sebutan pengguna bahasa. Pada hakikatnya, kuasa bahasa itu dimanifestasi oleh ideology solidarity yang menjadi pegangan institusi berkenaan.
Kata kunci: Bahasa, wacana, ideologi, pengguna bahasa .

Pengenalan
     Bahasa sering dikatakan bempaya mencerminkan konsep-konsep tertentu dan citra yang berkaitan dengannya. Ini kerana dalam bahasa tertanam kepercayaan sosial, seperti sikap, norma, dan nilai penutur atau masyarakatnya. Bagaimanapun, fungsi bahasa sebenarnya bukan sekadar mencerminkan implikasi sosiobudaya, malah bahasa berupaya digunakan untuk mengubah keadaan, mengawal masyarakat, danjugamewujudkan kuasa sosial (Hayashi & Hayashi 1997: 42). Fairclough (1989: 2) menegaskan bahawa dalam masyarakat moden, pelaksanaan kuasa (exercise of power) semakin meningkat dicapai melalui ideologi, dan secara khusus lebih melalui bahasa. Dengan kata lain, melalui bahasa manusia boleh mentadbir dan memimpin organisasi, masyarakat, dan negara, mengelakkan atau menyebabkan peperangan, menghukum, bekerjasama, menghasilkan ciptaan dan barangan, dan sebagainya. Malah menurut Fairclough (1989: 4) lagi, bahasa boleh menyumbang kepada dominasi terhadap orang lain oleh sesetengah pihak. Pike (1 971 : 13) pula berpendapat bahasa boleh dilihat sebagai tindakan - sebagai suatu bentnk tingkahlaku. Apabila manusia bertutur dengan manusia lain, mereka mungkin bendak mempengaruhi khalayak supaya bertindak secara berlainan, mempercayai secara berlainan, atau untuk saling hubung dengan mereka melalui sesetengah cara sosial. Tulisan ini berhajat menunjukkan bagaimana bahasa dimanfaatkan oleh penghasilnya sebagai satu cara mengubah amalan sosial, khusus dalam soal mengubah sistempenyebutan bahasaMelayu di Malaysia. Pemanfaatan bahasa sebagai satu cara mengubah amalan sosial akan dikaitkan dengan kuasa dan ideologi yang terselindung di dalamnya. Analisis adalah berdasarkan kerangka teori analisis wacana kritis.

WACANA, AMALAN SOSIAL, KUASA, DAN IDEOLOGI
     Bahasa dalam konteks tulisan ini diertikan sebagai 'wacana' atau language use atau performance (keterampilan), iaitu bahasa yang benar-benar digunakan, dan bukannya data bahasa yang dibuat-buat, seperti yang sering diamalkan dalam linguistik aliran transformasi generatif. Dengan demikian, wacana adalah sebarang jenis penggunaan bahasa sebenar yang bermakna dan lengkap, sama ada bertulis atau lisan, monolog atau dialog. Dari sudut lain, benvacana juga mempakan suatu amalan sosial. Amalan sosial (social practice) adalah contoh-contoh sebenar apa-apa yang manusia lakukan, ujarkan atau tuliskan. Amalan sosial mempunyai pelbagai orientasi, seperti ekonomi, politik, budaya, dan ideologi (Fairclougb 1992: 66). Melibat wacana sebagai amalan sosial bermaksud mencungkil tingkah laku sosial dan budaya luas yang legap atau terpendam di dalamnya. Misalnya, dalam bahasa atau wacana yang digunakan mungkin terpendam unsur-unsur, seperti dominasi,hegemoni, perkauman, peruhahan sosial, pergelutan dan pelaksanaan kuasa, penyerapan ideologi, dan sebagainya. Kuasa pula dalam pengertian tulisan ini memjuk pada cara unsur-unsur linguistik dan amalan wacana dimanfaatkan oleh penghasil wacana bagi mendapatkan tindakan di pihak yang ditujukan wacana itu. Dalam soal ini biasanya pewacana hams berada pada kedudukan memiliki wibawa. Menurut Simpson (1993: 6), bahasa boleh digunakan oleb pihak yang benvibawauntuk melaksanakan ideologi dominan. Ideologi adalah cara fikiran, pandangan, cita-cita atau dasar perjuangan individu, kelompok atau institusi sosial. lstilah ideologi biasanya adalah istilah yang berkaitan kera&a politik. Di dalam perspektif analisis wacana kritis, ideologi biasanya adalah penjelasan mengenai apa manusia kata dan fikir ketika berinteraksi dengan masyarakat. ldeologi wjud daripada andaian taken-forgranted, kepercayaan dan sistem nilai yang dikongsi bersama oleh kelompok masyarakat. ldeologi yang dominan diketengahkan melalui institusi sosial yang benvibawa, seperti kerajaan, undang-undang, dan sehagainya (Simpson 1993: 5). 
          Dalam tulisan ini, ideologi merujuk khusus pada dasar pentadbiran sebuah institusi sosial. Pertalian wacana dengan kuasa dan ideologi mula mendapat perhatian ahli linguistik kritis yang dipelopori oleb sekumpulan ahli linguistik dari University of East Anglia, United Kingdom, iaitu Roger Fowler, Hodge, Kress, dan Trew pada 1970-an (Fairclough 1992: 25; Simpson 1993: 5). Kerangka teori itu kemudiannyadilanjutkan oleh beberapa ahli linguistik lain, seperti Norman Fairclough (1989; 1992; 1995), Ruth Wodak (1996), dan van Dijk (1990; 1993) dengan nama baru, iaitu analisis wacana kritis. Prinsip dasar pendekatan analisis wacana kritis ialah memerihakan, menafsir, dan menjelaskan wacana menurut landasan linguistik dan menggabungkannya dengan orientasi pemikiran sosial yang sesuai secara serentak (Fairclough 1992: 62). Menurut pendekatan ini, sebagai bentuk paduan lakuan sosial, bahasa atau wacana tidak dapat tidak dan tidak dapat dielakkan terikat dengan sosiobudaya atau politik dalam mana ia berfungsi. Wacana tidak digunakan dalam hampa konteks, malah wacana digunakan dalam sejumlah besar konteks wacana, konteks yang dipenuhi dengan ideologi sistem masyarakat dan institusi. Memandangkan wacana beroperasi dalam dimensi sosial, maka wacana semestinyalah membayangkan atau membina ideologi (Simpson 1993: 6). Menumt Fowler (1 977: 76) pula, bahasa (dengan pengertian wacana) adalah satu wahana yang berpengaruh kuat apahila digunakan. Apahila kita berkata-kata tentang sesuatu perkara sebenamya ada tertanam sikap kita di dalam ujaran berkenaan. Apabila bertutur atau menulis, perkataan dan ayat yang dipilih memberi kesan kepada pendengar atau penutur yang memancarkan potensi erti tertentu yang sebahagian sahaja di bawah kawalan kita. Caldas-Coulthard dan Coulthard (1996: xi) menegaskan bahawa wacana mempakan alat utama kuasa dan kawalan, dan penganalisis wacana kritis, tidak seperti Chomsky, berasakan adalah peranan profesional mereka untuk memeriksa mendedahkan, dan menerangkan bagaimana kuasa dan nilai diskriminasi diselitkan dan diketengahkanmelalui sistem linguistik. Analisis wacana kritis berusaha meneliti bahasa atau wacana sebagai sains sosial. Dengan kata lain, analisis wacana kritis berminat melihat wacana sebagai sebahagian fenomena sosial serta melihatnya tidak secara telus semata-mata, sebaliknya mempercayai bahawa isi sosial data bahasa atau wacana boleh dibaca melalui pencerapan terhadap wacana (Fairclough 1992). Tulisan ini akan menerapkan kerangka analisis wacana kritis yang diterokai olehFairclough. Secararingkas, menurutFairclough(1992: 63-64; 1995: 131-32), melihat wacana sebagai amalan sosial adalah penting sekurang-kurangnya kerana dua sebab. Pertama, wacana membayangkan satu cara tindakan, iaitu cara mana manusia mungkin bertindak ke atas dunia dan terutamanya ke atas satu sama lain sebagai salah satu cara representasi. Kedua, wacana mempunyai pertalian dialektikal dengan stmktur sosial, seumpama pertalian antara amalan sosial dengan struktur sosial, dalam mana struktur sosial merupakan syarat dan akibat bagi amalan wacana. 
                 Dari satu segi, wacana dibentuk dan dikekang oleh struktur sosial dalam pengertian luas dan di sebarang aras, secara langsung atau tidak, misalnya oleh kelas dan hubungan sosial lain di tahap masyarakat, institusi tertentu, seperti pemndangan dan pendidikan, melalui sistem pengklasifikasian, melalui pelbagai norma dan persetujuan, dan sebagainya. Dari sudut yang lain, wacana merupakan binaansecara sosial, iaitu wacana menyumbang kepada pembinaan semua bentuk dimensi sosial sama ada secara langsung atau tidak, membentuk dan mengekangnya. Wacana adalah amalan bukan sekadar menunjukkan dunia tetapi juga menandakan dunia, membentuk dan membina dunia dalam makna. Analisis wacana kritis terokaan Fairclough berkonsep wacana tiga dimensi, iaitu dimensi analisis teks, analisis amalan wacana, dan analisis amalan sosial. Analisis teks mempakan proses menghurai teks atau wacana dari segi bentuk dan makna Di dalam diiensi analisis teks antaraperkam yang diteliti ialah kawalan interaksi (seperti giliran bertutur), pautan, kesantunan, etos, nahu, kosa kata, dan metafora. Dimensi analisis amalan wacana pula mempakan proses menafsir binaan wacana, sama ada ia terbina secara konvensional dan kreatif (Fairclougb 1992: 65). Analisis dimensi ini perlu prihatin dengan aspek sosiokognitifpenghasilan dan penafsiran teks. Antaraaspek yangditeliti ialah kaitanacara wacana diskursif terhadap susunan wacana, jenis wacana atau genre serta kombinasinya (jika ada), penghasil teks, penyebaran dan penggunaannya. Soal intertekstualiti juga diambil kirapairclough 1995: 134). Dimensi ketiga, iaitu analisis amalan sosial secara mudah adalah bertujuan menjelaskan mengapa manusia benvacana demikian. Analisis mungkin melibatkan orientasi ekonomi, politik, sosial, ideologi, dan sebagainya. Di tahap inilah akan ditafsir soal-soal yang berkaitan orientasi di atas, seperti kuasa, ideologi, proses sosial, dan sebagainya yang legap dalam wacana teks.

WACANA KAJIAN
         Wacana yang menjadi bahan analisis tulisan ini ialah buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 1988. Wacana pedoman ini mempunyai 17 halaman asas yang mempakan intipati dan beberapa halaman untuk prakata, lambang bunyi, pendahuluan, dan lampiran. Bagaimanapun, hagi kajian ini analisis hanya dibuat terhadap bahagian intipati sahaja. Pedoman ini dihasilkan bersesuaian dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengarahkan penggunaan sebutan baku di semua sektor pendidikan, terutamanya dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah (DBP 1988: vii-viii).

ANALISIS WACANA KRITIS
        Seperti dinyatakan di bahagian pendahuluan di atas, bahasa bempaya berfungsi mengubah keadaan. Dalam wacana yang diteliti ini, didapati pihak DBP dan Kementerian Pendidikan Malaysia mcnggunakan kuasa bahasa dalam usaha mengubah sistem sebutan bahasa Melayu pihak-pihak berkaitan di sekolah, seperti guru-guru dan murid-murid daripada sebutan standard sedia ada kepada sebutan baku' ekakelainan.' Bagaimanakah kuasa bahasa dimanfaatkan untuk mengubah amalan sebutan baku bahasa Melayu di kalangan penutumya, khasnya pihak-pihak di sekolah? Apakah ideologi yang terpendam di sebalik wacana Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu itu? Kita akan membincangkannya berasaskan analisis wacana tiga dimensi Fairclough seperti yang dinyatakan di atas.

ANALISIS TEKS 
           Bagi maksud penulisan ini dimensi analisis teks akan dibataskan pada analisis beberapa aspek nahu sahaja, iaitu dari segi penggunaan kata modaliti3, modus, dan jenis klausa yang terdapat dalam wacana. Penggunaan Modaliti Modaliti secara luas memjuk pada sikap atau pendapat penutur, tentang kebenaran ujaran yang diluahkan melalui ayat. Modaliti juga merujukpadasituasi atauacara yangdijelaskan oleh ayat. Dikatakanjuga bahawa modaliti adalah eksponen utama bagi fungsi interpersonal bahasa (Simpson 1993: 47). Tujuan melihat modaliti dalam analisis wacana kritis adalah untuk mengesan darjah kerapatan hubungan (degree of affinity) yang diserlahkan dalam wacana.
             Perhatian utama ialah kepada pembentukan hubungan sosial (Fairclough 1992: 236). Dengan kata lain, bentuk modaliti yang digunakan holeh memberi gambaran akan bentuk kuasa wacana yang terselinduug di dalam wacana berkenaan. Di dalam bahasa Melayu,menurut Asmah Haji Omar(1986: 11 1-1 12), modaliti berperanan membantu dalam memberi ciri suasana kepadaperbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh kata kerja. Menurut heliau lagi, di dalam bahasa Melayu ada enam jenis modaliti, iaitu yang menunjukkan kehendak, keupayaan, kemestian, kebarangkalian, keengganan, dan keperluan. Kehendak ditandai oleh kehadiran kata modaliti hendak dan mahu. Wacana yang diteliti ini didapati kerap menggunakan kata modaliti hendak + lah di dalam klausa atau ayat-ayatnya. Modaliti hendak + lah (italik saya) ditemui dalam halaman pertama lagi apabila pewacana memberi pedoman umum pertama (1) kepada pihak sasaran, seperti data (1) berikut: 1. Sebagai pedoman umum, sehutan kata hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertian bahawa setiap humf dilafazkan meuurut nilai hunyinya dalam bahasa Melayu (hlm. 1). Kaedah memanfaatkan modaliti ini diteruskan dalam keseluruhan intipati wacana Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu itu.
                  Perhatikan senarai petikan daripada wacana berikut. 2. 3.1 Huruf a hendaklah dilafazkan dengan bunyi [a] pada semua kedudukan, . . . (hlm. 3). 3. 3.2 Huruf e taling hendaklah dilafazkan dengan hunyi [el, dan bukan (garisan saya) dengan bunyi [E], untuk kata-kata jati dalam bahasa Melayu pada semua kedudukan (hlm. 4). 4. 3.3 Huruf e pepet hendaklah dilafazkan dengan bunyi [a] pada semua kedudukan (hlm. 5). 5. 3.4 Huruf i hendaklah dilafazkan dengan bunyi [i] pada semua kedudukan (hlm. 6). 6. 3.5 Huruf o hendaklah dilafazkan dengan bunyi [o], dan bukan dengan bunyi [a], untuk kata-kata jati dalam hahasa Melayu pada semua kedudukan (hlm. 7). 7. 3.6 Huruf u hendaklah dilafazkan dengan bunyi [u] pada semua kedudukan (hlm. 7) .... Humf u pada kata serapan atau pinjaman daripada hahasa Inggeris (atau hahasa-hahasa Eropah yang lain) hendaklah dilafazkan dengan bunyi [u] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang dalam bahasa sumbernya diucapkan dengan hunyi diftong atau bunyi [yu] (hlm. 8). 8. 4.3 Huruf diftong oi hendaklah dilafazkan dengan bunyi [oil, dan & dengan [gi], untuk kata-katajati dalam bahasaMelayu (hlm. 9). 9. 5 Huruf-huruf konsonan hendaklah dilafazkan dengan nilai hunyinya sehagaimana yang disenaraikan di dalam perenggan 2 (hlm. 9).
10. 5.2 Huruf r hendaklah dilafazkan dengan hunyi [I] pada semua kedudukan, sama ada sebagai pembuka suku kata atau sebagai penutup suku kata, termasuk hentuk -er (hlm. 10). Daripada data(1-10) di atas, yang terdiri daripadapedoman I, 3.1,3.2,3.3, 3.4,3.5,3.6,4.3,5,5.2 didapati kesemuanyamenggunakankatamodaliti hendak sehelum kata kerja utama. Mengikut Asmah Haji Omar (1 986: 112), kata modaliti hendak menunjukkan kehendak akan perhuatan yang belum herlaku. Dalam petikan-petikan daripada wacana di atas katamodaliti hendakmendahului kata kerjantama 'berdasarkan' (data 1) dan 'dilafazkan' (data2 - 10). Berdasarkan data-data di atas, modaliti hendak yang digunakan di dalam wacana di atas memang menggambarkan kehendak atau hasrat pihak pewacana, institusi bahasanegara yang heradapada kedudukan memiliki wibawa di dalam ha1 bahasa (khususnya sebutan) supaya pihak yang ditujukan wacana itu mematuhi pedoman yang dikeluarkan. Dan hasrat itu masih belum terlaksana lagi. Walau bagaimanapun, hasrat itn dimanifestasikan secara obligasi sederhana, iaitu dengan cara lebih mesra dan lembut, dan bukan secara arahan. Ini terhukti melalui kehadiran partikel penegas lah4 selepas modaliti hendak. Partikel lah dalam konteks ini herperanan sebagai pelembut ujaran. Apabila modaliti hendak digandingkan dengan partikel [ah menjadi hendaklah, maka fokus ujaran jatuh pada modaliti iui dan memhayangkan sikap berupa basrat. Dengan memanfaatkan modaliti hendaklah di dalam wacana sebutan hakunya, pihak pewacana sebenamya telah memanfaatkan kuasa bahasa tahap sederhana. Dengan kata lain, pewacana tidak, misalnya menggunakan modaliti kemestian, seperti dalam klausa 'humf a mesti disehut [a]'. Ini menunjukkan hahawa pewacana mempertimbangkan faktor sosial dalam melaksanakan wihawanya. Tujuannya adalah untuk menjaga huhungan sosial dengan pewacana (lihat perbincangan lanjut di bahagian amalan sosial). Penggunaan Modus Perhincangan tentang kata modaliti di atas sebenamya berkait rapat dengan modus ayat atau klausa yang terbentuk daripadanya. Modus atau mood dalam bahasa Inggeris, adalah berkenaan suara atau ragam pengucapan, yang menghasilkan ayat perintah, ayat penyata, ayat tanya, dan ayat seruan. Menurut Asmah Haji Omar (1986: 404-407,388), ayat perintah memerlukan gerak balas yang berupa tindakan. Di dalam ayat perintah, penutur atau penulis (penghasil wacana) memainkan peranan sebagai pengawal wacana, manakala peranan pendengar atau pembaca (pihak sasaran) ialah orang yang dikawal oleh mesej di dalam wacana itu. Ayat perintah ada yang bermodus suruhan, permintaan, silaan, ajakan, larangan, dan harapan (AsmahHaji Omar 1986: 209-21 1). Di dalam wacana sebutan baku yang diteliti dan seperti yang disenaraikan di dalam data (1 - 10) di atas didapati klausalayat yang digunakan adalah ayatl klausa perintah. Ayatklausa perintah itu bermodus permintaan atau kehendak terhadap pihak lain. Modus itu ditandai oleh kata modaliti hendaklah. Dengan kata lain, pewacana mahukan pihak khalayak sasaran mereka mengubah sebutan sebagaimana yang dikehendaki oleh pewacana. Seperti dinyatakan di atas, analisis modaliti rapat kaitannya dengan modus. Ini kerana modaliti yang digunakan menentukan jenis modus. Jadi, modus kehendak yang dimanfaatkan oleh pewacana Pedoman Umum Sehutan Baku Bahasa Melayu adalah juga unsur kuasa wacana. Tetapi walaupun pewacana memiliki wibawa berkaitan soal kebahasaan, pewacana hanya memanfaatkan kuasa modus kehendak dan bukan kuasa modus larangan atau sumhan yang lebih tegas kuasanya. Modus kehendak lebih halus dan adalah untuk mempertahankan hubungan sosial dengan pihak yang menjadi sasaran wacana. 
           Di samping itu, penggunaan modus kehendak adalah supaya selari dengan amalan wacana(lihat bahagian berkenaan di bawah) dan amalan sosial (lihat perbincangan pada bahagian berkenaan di bawah). Penggunaan Jenis Klausa Di dalam analisis wacana kritis terdapat kajian tentang 'transitiviti'. Bagaimanapun, transitiviti dalam perspektif ini membawa pengertian lebih luas berbanding dengan pengertian di dalam huraian nahn biasa. Di sini transitiviti secara mum mernjuk pada bagaimana makna diutarakan dalam klausa. Menurut Simpson (1993: 88), transitiviti memperlihatkan bagaimana penutur memanfaatkan di dalam bahasa gambaran realiti mental mereka dan bagaimana penutur menyatakan pengalaman dunia mereka. Menurnt Fairclough (1992: 178) pula, analisis tentang klausa adalah berkaitan jenis proses yang dikoditikasikan dalam klausadan jenis elemen yang terlibat. Secara khusus, oleh kerana transitiviti adalah mengenai pengaliran idea, maka ia kerap dikaitkan dengan fungsi ideasional bahasa. Walau bagaimanapun, di dalam analisis wacana biasanya setiap klausamernpakan kombinasi serentak tiga fungsi utama bahasa, iaitu ideasional, interpersonal, dan tekstual. Ketika benvacana, manusia bebas membuat pilihan tentang corak dan struktur klausa berdasarkan hajat mereka dan konteks wacana. Di dalam kajian ini transitiviti meliputi jenis klausa, seperti klausa transitif atau tak transitif, klausa aktif atau pasif, dan klausa pemeri atau kesamaan. Di dalam wacana yang diteliti ini didapati klausa tak transitif dan klausa pasif digunakan sebagai salah satu cara benvacana yang utama. Klausa tak transitif ialah klausa utama di dalam data (1) 1 ..., sebutan kuta hendaklah berdasarkan ejaan ... dan klausapasif ialah data (2)(10) yang kebanyakannya berstmktur seperti . . . Huruf ... hendaklah dilafazkan . . . . Dari segi binaan tekstual, aliran tema kedua-dua jenis klausa tak transitif dan pasif di atas adalah aliran tema mudah, iaitu tema diikuti oleh rema (tema+ rema). Dalam klausa sebutan kata hendaklah herdasarkan ejaan, temanya ialah sebutan kata dan remanya ialah hendaklah berdasarkan ejaan. Dengan demikian, perkara yang dibicarakan di dalam klausa pedoman 1 di atas ialah perihal sebutan, iaitu sebutan baku yang dihajatkan. Di dalam klausa pasif (data2 - lo), temanya ialah huruf-huruf berkaitan. Misalnya klausa pasif data (5) Huruf i, hendaklah dilafazkan dengan bunyi [i] pada semua kedudukan, temanya ialah huruf i, yang selebihnya adalah rema Ini menunjukkan bahawa yang dibicarakan ialahperihal huruf berkenaan. Bagaimanapun, dari sudut ideasional pula, tema adalah maklumat lama, yang sedia diketahui oleh khalayak, sedangkan rema adalah maklumat bm yang ingin diketahui oleh khalayak atau diberitahu oleh pewacana. Jadi, rema dalam klausaklausa di atas, seperti hendaklah berdasarkan ejaan dan hendaklah dilafazkan dengan hunyi [i] adalah maklumat penting yang ingin dipindahkan kepada khalayak. Kesemua klausa di atas adalah klausa yang menggugurkan pelaku atau pelakunya tidak disebutkan secara nyata. Dari segi interpersonal, klausa tak transitif dan pasif tanpa pelaku semacam tidak menandakan sebarang proses individu khusus diminta bertindak secara langsung terhadap pihak lain. Maksudnya, pelakunya adalah bersifat umum, sesiapa sahaja penutur bahasa Melayu, dalam konteks wacana kajian ini adalah pihak-pihak di sekolah. Selain itu, institusi terbabitjuga tidak hadir di dalam nahu permukaan klausa. Oleh yang demikian, penggunaan klausa tak transitif dan pasif itu dengan ciri-ciri yang telah dikupas di atas mempakan sebahagian daripada cara kuasa wacana dimanfaatkan oleh pewacana. Keadaan itu juga membayangkan proses pewacana menjalin hubungan dengan pihak khalayak sasaran mereka.

ANALISIS AMALAN WACANA
             Amalan wacana teks yang diteliti ialah genre pedoman. Genre pedoman biasanya berciri panduan, seperti panduan melakukan sesuatu, sama ada dalam hentuk lakuan, tuturan atau tulisan. Panduan memasang pencetak komputer misalnya, diberikan secara langkah demi langkah dan menggunakan bahasa arahan yang mudah difahami. Tujuan panduan atau pedoman ialah supaya kitatidak melakukan kesilapan dalam melakukan sesuatu itu. Sebagai genre pedoman maka wacana yang dikaji ini menyenaraikan pedoman cara-cara menyebut fonem-fonem tertentu sebagaimana yang dihajati olehpihakpenghasil wacana. Misalnya, dalam pedoman 3.1 dikemukakanpanduan cara menyebut huruf a, iaitu dengan melafazkannya dengan bunyi [a] pada semua kedudukan dalam kata. Pedoman itu turut disertakan contoh-contoh penyehutan bagi kata-kata, seperti [bahasa], [album], [radio], dan sebagainya. Selain genre pedoman, terdapat juga beberapa kombinasi unsur penafian dalam amalan wacana ini, seperti yang dibayangkan melalui penggunaan kata nafi bukan (lihat data (3), (6), dan (8)). Unsur penafian digunakan untuk mengelakkan sehutan yang tidak dikehendaki. Pada umumnya, unsur penafian berperanan memperkukuhkan wacanapedoman itu. Wacana tersebut juga menggunakan bahasa pedoman yang hampir stereotaip bagi setiap pedoman, iaitu ayat pasif(lihat data2 hingga 10 di bahagian
analisis modaliti di atas). Tujuannya adalah supaya mudah difahami oleh pihak khalayak sasaran wacana. Penggunaan wacana pedoman adalah satu lagi kuasa yang terselindung dalam wacana tersebut. Kuasa genre pedoman digunakan kerana masyarakat umum, khususnya khalayak di sekolah pada ketika itu (1988) masih belum mengetahui dan memahami bentuk sebutan baku yang baru ini. Oleh itu, mereka perlu diberi pedoman terlebih dahulu, sebelum langkah-langkah lain.

AMALAN SOSIAL
              Bahagian ini bertujuan menjelaskan pertalian ciri-ciri nahu (modaliti, modus, dan klausa) dalam analisis teks, dan ciri genre dalam analisis amalan wacana yaug dipaparkan di atas dengan amalan sosial. Dengan kata lain, persoalan meugapa wacana tersebut bersifat demikian akan cuba dijelaskan dari segi amalan sosialnya. Daripada huraian dan tafsiran teutang dimensi tekstual dan amalan wacana di atasjelas terdapat amalan kuasadan ideologi dalam wacanaPeduman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Unsur kuasa bahasa telah diperlihatkan melalui penggunaan modaliti hendak, klausa bermodus kehendak, klausa tak transitif dan pasif tanpa pelaku serta genre jenis pedoman. Sebenarnya gabungan binaan ciri-ciri teks dan amalan wacana sedemikian adalah berkaitan deugan amalan sosial. Amalan sosialnya ialah penghasilan wacana pedoman itu sendiri. Maksudnya, DBP sebagai institusi yang diberi tanggungjawab memajukan dan memantapkan hahasa Melayu (termasuk sehutan) telah memainkan peranannya dengan menghasilkan wacana Peduman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu itu. Kalau diteliti hubnngan antara ciri-ciri teks dan amalan wacana yang dikemukakan di atas dengan amalan sosial memang ada hubungan dialektikal. Kuasa wacana yang digunakan adalah kuasa tahap sederhana yang bermodus kehendak, dan amalan wacananyapula adalah genre pedoman. Ini semua selaras dengan keperluan sosial dalam konteks pengubahan cara sebutan mengikut sistem sebutan baku yang baru. Maksudnya, dari segi amalan sosial, tidak mungkin pihak DBP terus sahaja menghasilkan wacana yang 'keras' kuasa wacananya dan yang bukan bersifat pedoman, kerana kumpulan sasar masih belum memahami sistem sebutan baku baru ini. Tambahan pula, DBP bukanlah institusi yang mempunyai wihawa 'memaksa' dalam ha1 pelaksanaan sehutan baku yang baru ini. Daripada corak teks dan amalan wacana seperti yang dijelaskan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa terpendam ideologi solidariti di dalam wacana Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu itu. Ideologi solidariti tersirat melalui usaha-usaha pewacana mewujudkan kerapatan hubungan dengan khalayak sasaran mereka. Antara lain, ideologi solidariti dimanifestasikan oleh wacaua yang hersifat 'mesra khalayak'. Ideologi solidariti merupakan suatu amalan sosial biasa juga hagi sehuah institusi milik masyarakat, seperti DBP.

Penutup
          Manusia berwacana untuk pelbagai tujuan. Untuk itu, cara wacana dihasilkan akan disesuaikan dengan tujuan berkenaan. Tulisan ini berhajat menganalisis cara manusia benvacana dengan khalayaknya bagi mencapai hasrat mengubah cara sebutan bahasa Melayu. Tumpuan analisis adalah pada cara kuasa babasa dianfaatkan dan apa ideologi yang terpendam di dalam wacana berkenaan. Dalam mencapai hasrat berkenaan, penghasil wacana didapati memanfaatkan kuasa wacana yang sejajar dengan amalan sosial biasa. Keadaan ini sebenarnya adalah kemna pihak penghasil wacana berpegang pada ideologi sulidariti dengan khalayaknya. Fenomena ini memperlihatkan bahawa wacana Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melqu itu memang dibentuk akibat kehendak struktur sosial, iaitu institusi DBP, dan dalam masa yang sama wacana yang terhasil juga sebenamya tumt menyumbang kepada pembentukan dimensi sosial di dalam dasar atau ideologi institusi tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Masing-masing memainkan peranan secara timbal balas.


RUJUKAN
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/3005/1915
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/717/1/ANALISIS%20WACANA%20UCAPAN%20PERDANA%20MENTERI%20MALAYSIA%20KEENAM%20SEMPENA%20100%20HARI%20MENAKHODA%20NEGARA.pdf
http://psasir.upm.edu.my/5835/1/FBMK_2004_10(1-24).pdf
http://web.usm.my/kajh/KAJH%2017/KAJH%20Art%205%20(91-110).pdf
http://rujuknota.blogspot.my/2009/07/ciri-ciri-wacana.html






Tiada ulasan:

Catat Ulasan